Pengacara dan penyampai radio, Radin mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan pembida kasut menerusi lelongan amalnya yang dilakukan baru-baru ini.
Menurut Radin, 30, jumlah lelongan amal yang berjaya dikumpul pada asalnya melebihi RM10,000 itu berkurangan selepas beberapa pembida mengelak daripada membuat pembayaran kasut yang dibeli.
"Kami berjaya mengumpul hasil jualan sebanyak RM10,075 dan kami terus menghubungi kesemua pembeli pada hari berikutnya.
"Kebanyakannya memberi kerjasama yang terbaik dan ingin menghulurkan bantuan dalam projek amal ini, namun ada sebahagian juga yang langsung tidak memberikan respons untuk proses pembayaran dengan tidak membaca DM, sekat saya, serta mengaku saja suka-suka dan menipu malah ada juga 'joy bidder'.
"Disebabkan itu kami terpaksa mencari pembeli baru untuk kasut yang gagal dijual dengan hargaan bidaan baru lebih rendah. Alhamdulillah, semua kasut berjaya dijual namun ada sedikit perubahan pada jumlah kutipan asal," katanya menrusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Berita Tempatan
Ditipu Pembida Kasut Selepas Buat Lelongan, Radin Terpaksa Cari Pembeli Baru Dengan Harga Lebih Murah, Kumpul RM8,090