Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Qadejah El Zahra mencuri perhatian ramai apabila fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.
Menerusi perkongsian di IG isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida, anak daranya yang berusia 15 tahun itu menunjukkan kemahiran bertutur dengan slanga ‘mat salih’ bagi mempromosikan tempat penginapan milik keluarganya.
Namun, segelintir netizen menuduh Qadejah berlagak dalam bertutur dalam bahasa Inggeris dan ada juga yang meminta agar gadis remaja itu mengutamakan bahasa kebangsaan kerana bimbang dia akan kehilangan jati diri sebagai seorang Melayu.
Bagaimanapun, Shahida, 40, menasihatkan agar netizen tidak memaksa Qadejah untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
"Tak perlulah anda suruh dia cakap bahasa Melayu, lain bunyinya nanti.