Skip to main content

Trend Pasaran

Dituduh Tak Bayar Gaji Pekerja, Pemilik ANAS Cosmetics Maafkan Penyebar Fitnah... "Saya Tak Mahu Besarkan Lagi Perkara Ini"

anas-pekerja-header.jpg

Assalamualaikum. Setelah berbincang dengan peguam saya, setelah saya fikir secara rasional maka keputusan telah pun saya buat Memaafkan bukan bermaksud saya kalah atau saya tiada kapasiti (trust me, I have the capacity to proceed) untuk meneruskan kes ini tapi bagi saya mudah. Tiada istilah kalah menang tapi ini akan menjadi satu pelajaran serta pengajaran buat semua - dan saya terfikir apa akan jadi dengan pekerjaan awak? Hidup awak lepas ni jika sampai ke peringkat yang lebih tinggi? Mana awak nak cari sejumlah wang jika saman yang bakal awak terima? Sebab itu Gunakan media sosial sebaiknya, jangan sewenangnya menaip sesedap rasa dan mengikutkan perasaan tanpa memikirkan akibat serta sebarang kemungkinan yang bakal berlaku disebabkan kita mahukan “glamour” atau “clout” - bukan senang nak bina empayar perniagaan tahu? Ingat satu benda ni, bila kita cakap itu ini especially benda tak baik memang semua akan RT, semua akan sokong seolah dialah sahabat baik kita tapi bila sesuatu tindakan diambil, seorang pun tak muncul malah bertepuk tangan tengok kita Sekali lagi Saya juga manusia biasa, dia juga manusia biasa tiada beza. Saya pernah buat silap dan dia juga ada buat silap. Ini mungkin masa dia, jika dia benar benar berubah Alhamdulillah, tapi jika dia mengulangi perkara yang sama dengan yang lain saya tidak jamin yang kemaafan adalah jalan penyelesaian terbaik Dengan itu, saya doakan kita semua semoga di mewahkan rezeki, di permudahkan segala urusan, di limpahkan rahmat, di berikan keberkatan juga di hadirkan segala macam orang yang baik baik dalam hidup kita serta semoga kita semua menjadi insan yang berguna bukan sahaja untuk keluarga tapi bangsa dan agama Ingat, jika kita bercakap benda baik, berfikir benda baik maka yang baik baiklah yang akan datang tapi bila kita fikir benda negatif maka kita sendiri invite segala macam benda negatif dalam hidup kita We are what we eat - be kind Saya Mohamad Anas Zahrin selaku Pengarah Urusan ANAS Cosmetics memaafkan segala perbuatan cik ini dan seterusnya tidak akan meneruskan kes ini ke peringkat seterusnya yang lebih tinggi Tak salah buat baik, Allah sayang Sekian.

A post shared by ANAS® (@anaszahrin) on

Must-Watch Video

Advertisement