Jika anda menggemari berita hiburan, pastinya nama wartawan penyiaran Nas Ahmad dekat dengan diri anda.
Popular dengan gelaran Abang Rambut Ketak dan Abang Terjah, Nas Ahmad seringkali merupakan wartawan ikonik yang cukup terkenal menerusi sebuah program hiburan suatu ketika dahulu.
Namun, menerusi kemas kini pengacara dan penulis lirik Ahmad Fedtry Yahya di Twitter baru-baru ini, kesihatan Abang Nas Ahmad dikhabarkan tidak berada dalam keadaan baik.
Difahamkan, Abang Nas Ahmad kini mengalami masalah jantung.
Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung. pic.twitter.com/LFmHaTPB1l