Pelakon Reen Rahim mengakui teruja dipilih menjadi wajah kempen baharu produk kosmetik dan kecantikan popular Zeeta baru-baru ini.
Pada masa sama juga, Reen yang mengenakan hijab sempena kempen Perfect Match set sabun badan dan mandi bunga itu mendedahkan ia menjadi pengalaman sulung berhijab untuk kempen 'client'.
"Mula- mula memang mereka (pihak Zeeta) takut Reen kecil hati dengan permintaan bertudung ini. Tetapi sebenarnya, Reen sangat gembira dan menerimanya dengan hati terbuka.
"Dalam hidup ini, apa yang Allah SWT susun tiada yang kebetulan. Doakan semoga segenap hati Reen nanti menutup aurat kerana-Nya. Amin," katanya.
Majlis pelancaran berlangsung 8 Julai lalu di Colony, KL serentak dengan Mesyuarat Tahunan jenama itu bersama ‘top leader’ yang dilakukan serentak di platform Facebook, Instagram dan TikTok.
Tambah Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim lagi, dia sememangnya menjadi pengguna produk berkenaan sejak 2020 lagi sebelum disunting menjadi wajah kempen terbaharu.
"Secara rahsianya, Reen menjadi pengguna produk itu sejak 2020 lagi. Masa itu Reen menyokong dengan membeli tanpa meminta tajaan.
"Dipendekkan cerita, pihak mereka tahu Reen pengguna setia dan mula mendekati diri ini. Jujur, jika produk ini tak bagus dan berkesan, Reen takkan pakai dari tiga tahun lalu lagi.
"Salah satu sebab Reen ingin mewakili jenama ini kerana mahu semua golongan wanita memakainya kerana ia cukup berbaloi digunakan. Malah Reen syorkan kepada ibu dan kakak, ternyata ia bagus serta efektif untuk aura, minda juga ketenangan.
"Mungkin dengan pembabitan Reen ini, akan lebih ramai mencuba dan mengambil tahu fasal produk berkenaan. Nak tahu dan faham keberkesanannya, memang kena cuba sendiri," kata Reen.
Viral
"Doakan Semoga Segenap Hati Saya Nanti Menutup Aurat ..." - Reen Rahim