Skip to main content

Trend Pasaran

Doktor Pesan Aiskrim Secara Online Dapat Jari Sebagai ‘Bonus’ - "Saya Fikir Ia Coklat Atau Kacang"

astro-gempak-dalam-aiskrim-ada-jari.jpg

Seorang doktor mengaku trauma untuk membeli aiskrim selepas termakan jari yang ‘terbenam’ di dalam pencuci mulut tersebut.

Insiden tersebut berlaku selepas kakak doktor Orlem Brandon Serrao, 26, memesan aiskrim secara atas talian sewaktu membeli barangan dapur baru-baru ini.

The Indian Express melaporkan Serrao memesan tiga aiskrim menerusi aplikasi online.

Selepas memakan separuh aiskrim yang dibeli, Serrao tergigit sesuatu yang kenyal. Dia menyangka bendasing yang digigit adalah kacang atau coklat sebelum mendapati ia sebenarnya potongan jari dengan serpihan kuku.

“Saya memesan tiga jenis aiskrim namun selepas memakan separuh daripada salah satunya, saya berasa ada yang tidak kena.

“Saya tergigit sesuatu yang solid. Saya fikir ia coklat atau kacang.

“Namun sebagai seorang doktor, saya tahu bagaimana bentuk dan rupa anggota badan. Jadi selepas saya mengamatinya, ia adalah potongan jari bersama kuku. 

“Saya trauma,” ujar Serrao seperti dilaporkan media tersebut.

Ekoran itu, Serrao telah membuat aduan kepada syarikat aiskrim tersebut namun kerana tiada tindakan lanjut diambil, dia telah membuat laporan polis.

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement