Skip to main content

Budaya Popular

Donnie Yen Masih Gagah Di Usia 61 Tahun Beraksi Dalam ‘The Prosecutor’ – “Walaupun Saya Berasa Letih Tapi…”

astro_gempak_donnie-yenn-tetap-gagah-beraksi-dalam-theprosecuter.png

“Proses ini memerlukan penelitian yang mendalam agar penyampaian yang saya bawa itu  menyentuh hati penonton," kongsinya. 

Dalam pada itu, Donnie yang berkecimpung dalam dunia filem selam 42 tahun itu tetap memberikan persembahan cemerlang dalam menjadi seorang pelakon yang proaktif.  

“Kehadiran saya bukan hanya di hadapan kamera, saya juga terlibat secara langsung dalam setiap aspek produksi.

“Saya juga berusaha untuk menghormati kisah yang diangkat dan cuba tidak menukar jalan cerita yang tersedia ada. Walaupun ia bukan sebuah dokumentari, saya berharap penonton akan merasakan keaslian dalam setiap babak yang dipaparkan,” ujarnya.

Tetap Tangkas Beraksi

Usia 61 bukan menjadi penghalang buat Donnie untuk beraksi dengan stamina yang baik di hadapan kamera.

“Walaupun ada kalanya saya berasa letih, namun cinta terhadap kerja ini membakar semangat saya.

“Saya ingin menunjukkan kepada semua orang bahawa semangat tidak mengenal usia,” kongsinya.

The Prosecutor adalah sebuah filem yang berkisarkan tentang seorang lelaki muda miskin dituduh secara tidak adil atas kesalahan pengedaran dadah selepas diperdaya.

Seorang bekas pendakwa raya menyiasat kes tersebut dan mendedahkan terdapat rancangan sekumpulan peguam yang korup, dan dia mengembalikan keadilan walaupun menghadapi pelbagai halangan.

Must-Watch Video

Advertisement