Skip to main content

Trend Pasaran

Dr. Amalina Pulang Beraya Di Malaysia, Netizen Teruja Lihat Baby Bump

astrogempak_netizen_teruja_dr_amalina_mengandung.jpeg

Pakar bedah, Dr. Amalina Bakri, pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru untuk menyambut Syawal bersama keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia dan suaminya kelihatan gembira dapat beraya di Malaysia bersama anak mereka, Arabella Mia.


Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah Dr. Amalina yang kini kelihatan sarat mengandung anak keduanya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepadanya atas berita gembira itu.

Antara komen yang ditinggalkan:

“Wow, dapat baby lagi! Tahniah Dr.” 

“Waaa, new baby otw soon! Tahniah Dr.” 

“Selamat hari raya Dr. Amalina dan keluarga dan tahniah atas kandungan Dr," komen netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement