Skip to main content

Viral

Dua Tahun Tak Berlakon, Aliff Aziz Mengaku Teruja Masuk Set Penggambaran!

aliff-aziz-berlakon-balik.jpg

Pelakon Aliff Aziz mengakui teruja untuk memulakan penggambaran telemovie Bukan Cerita Cinta Cliché (BCCC).

Tambahan lagi, BCCC merupakan telemovie pertama selepas dua tahun tidak berlakon dalam mana-mana drama.

“Sejak pulang ke Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu, BCCC adalah telemovie pertama saya ketika kita semua sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Insyallah BCCC juga adalah ‘pembuka tirai’ 2021 saya dan pembukaan untuk perjalanan kerjaya saya semula.

“Tidak dinafikan selepas dua tahun tak masuk set penggambaran saya gementar dalam masa sama, teruja juga. Tetapi perasaan gementar itu hilang selepas mulakan scene pertama dan kedua.

“Team produksi juga sangat-sangat membantu dan kami sudah seperti keluarga. Saya sangat berterima kasih kepada producer Guam Teamwork, Firdaus Nadxaman dan pengarah BCCC Faizal Nadxaman (Jaihoo Nadxaman) kerana memberikan saya peluang dan kepercayaan untuk membawa watak Faizal dalam telemovie ini,” katanya.

Jangan lupa saksikan Bukan Cerita Cinta Cliche malam ini jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.

Anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #astrogo.

Must-Watch Video

Advertisement