Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram @Ridzokumura, Ridzuan meluahkan rasa kesal selepas terlajak tidur sehingga membuatkan anaknya Sky terlepas waktu bersahur.
Perkara tersebut difahamkan berlaku setelah bunyi penggera telefonnya gagal berfungsi.
Pada hujung Februari lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia tanpa menjelaskan punca kematian.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor, semalam.
Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.