Nampaknya, penampilan penyanyi Dayang Nurfaizah pada majlis pernikahan Shuib dan Watie pada Jumaat lalu meraih perhatian umum.
Hadir menghiburkan tetamu dengan persembahan yang indah, Dayang yang mengenakan busana berona merah kelihatan langsing dan cantik.
BACA: Dayang Nurfaizah Sanggup Terbang Ke Budapest Demi Belagu II
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di Instagram Gempak, ramai dalam kalangan netizen memuji penampilan terkini penyanyi yang berasal dari Sarawak itu.

Pada ruangan komen di video yang sama juga, Dayang turut meninggalkan emoji hati tanda menyukai perkongsian yang dibuat oleh Gempak.
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.
Viral
“Duk Perati Pinggang Dayang… Berapa Inci Agaknya Tu?” - Penampilan Dayang Nurfaizah Pada Malam Akad Nikah Shuib, Watie Curi Tumpuan Netizen