Skip to main content

Viral

Elizabeth Tan Kongsi Foto Cium Bibir Bersama Suami, Peminat Kecewa Nak ‘Unfollow’ - “Begitu Syulit Lupakan Lizzy..”

lizzy-cium-mulut.jpg

Penyanyi Elizabeth Tan mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik foto romantis mencium bibir suaminya, Dr Siew Jim. 

Menerusi laman sosial Instagram, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy memaklumkan foto tersebut merupakan pasca perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. 

Post wedding photoshoot dengan @strangephotostudio,” tulis Lizzy di ruangan kapsyen. 

Menerusi perkongsian itu lagi, Lizzy mengenakan gaun malam hitam serba seksi sambil merangkul suaminya. 

Selain daripada aksi ciuman di bibir, ada beberapa foto lagi yang memperlihatkan aksi Lizzy dan suami diibaratkan seperti poster filem atau drama Korea. 
 

Must-Watch Video

Advertisement