Pelakon Nora Danish mengambil keputusan untuk menjual semua kasut tumit tingginya yang sudah tidak dipakai selepas memahami maksud surah al-Humazah.
Katanya, surah tersebut menceritakan tentang golongan yang dihumban ke dalam neraka khas disebabkan terlalu melebihkan harta berbanding agama Allah.
“Saya mahu menjual semua kasut tumit saya, ada macam-macam warna, saiz antara 35 dan 35.5, yang berminat boleh DM saya.
“Saya terbuka surah al-Humazah, tentang golongan pengkeji yang dimasukkan ke dalam neraka khas iaitu neraka al-Hutamah.
“Neraka ketiga dari bawah, neraka al-Hutamah penghuninya adalah golongan yang menghitung harta. Meletakkan harta mereka lebih daripada Allah.
“Jadi saya refleks semula diri saya. Segala apa yang saya tak pakai, saya mahu jual,” kongsi Nora menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya.
Hasil jualan
Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama bersiri Puteri ini berkata, dia akan menggunakan semua hasil jualan untuk membeli barang keperluan dan bersedekah.