Berita Tempatan "Experience Doesn't Pay The Bills" - Syed Saddiq Mahu Pelajar 'Interns' Dibayar Rozaimi Zubaidi 02/08/2019 | 07:23 MYT Saya menyangkal mereka yang berkata interns tidak perlu dibayar kerana “pengalaman berkerja sudah mencukupi”. . EXPERIENCE DOES NOT PAY THE BILLS! Bayangkan nasib anak muda yang datang dari kawasan pendalaman dan dapat peluang di syarikat yang berprestij di bandar, tetapi kerana tidak berbayar akhirnya terpaksa melepaskan peluang ini. Siapa yang akan menampung kos makan dan pengangkutan mereka? Bagaimana mereka nak sara hidup jika tidak dibayar langsung? . Sebab itu pada hari ini, saya menulis surat ke semua kementerian untuk memastikan #PaidInternship dimulakan serta merta. Kabinet dah bersetuju dan jangan nak menangguhkan keputusan ini. . Bayaran permulaan untuk mereka yang lakukan latihan amali dalam RM300-400. Saya juga akan bawa kertas kabinet untuk menaikkan jumlah ini & untuk berkolabrasi dengan syarikat swasta untuk pastikan mereka bersama dalam kempen #paidinternship . . Kalau ada kementerian/agensi yang gagal bayar interns, tolong maklumkan kepada saya. #YouthPower A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on Aug 1, 2019 at 2:34am PDT Topik Berkaitan #Menteri Belia Dan Sukan #Syed Saddiq Must-Watch Video Read more