Pelakon, Eyka Farhana akui fasa bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid adalah satu detik paling manis dalam hidupnya.
Menerusi satu hantaran di laman Threads, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi tidak menyangka alam perkahwinan memberi begitu banyak ketenangan dan kebahagiaan.
“Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Saya doakan semoga yang belum bertemu jodoh akan dipertemukan dengan yang terbaik,” tulisnya.
Dalam pada itu, aktres berusia 30 tahun itu turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berdoa perkara yang baik, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.