Bintang filem Kahar: Kapla High Council iaitu Fadhli Masoot dan isterinya telah menimang cahaya mata pertama pada 3 Disember lalu.
Isteri kepada Fadhli iaitu Suraya Eusoff selamat melahirkan bayi perempuan mereka di Hospital Umra, Shah Alam.
“Isteri saya selamat melahirkan baby girl,” kata Fadhli menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok Hospital Umra.
Syukur dipermudah
Pada perkongsian itu, Suraya turut meluahkan rasa syukur apabila perjalanannya melahirkan seorang puteri berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, daripada check up hingga bersalin, semuanya berjalan dengan lancar. Doktor yang kita jumpa pun semuanya baik-baik. Ucapan terima kasih yang istimewa untuk Dr Rafi.
“Untuk semua nasihat yang diberikan sepanjang perjalanan nak melahirkan anak pertama. Kepada jururawat yang menjaga saya, baby, semua best dan friendly. We felt so welcome,” katanya.
Untuk info, Fadhli mendirikan rumah tangga dengan Suraya pada 2 March lalu.