Penyanyi, Jaclyn Victor mengakui dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan seorang padri bernama Calvin T. Sammuel.
Berasakan faktor usia mempengaruhi dirinya, Jaclyn bagaimanapun sudah menjangkakan rakan-rakan yang hadir ke majlis perkahwinannya itu akan berkongsi momen tersebut di media sosial.
“Bukan saya mahu berahsia tapi kerana usia saya sudah begini apatah lagi ini bukan perkahwinan pertama saya.
Jaclyn berkata demikian ketika menghadiri majlis sidang media BCL: Eternal Love - Timeless Romance yang berlangsung di Imperial Lexis Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambahnya lagi, dia sendiri lebih selesa untuk tidak terlalu menghebohkan urusan peribadinya.
Untuk rekod, Jaclyn Victor pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014. Namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.