Kata orang bakat dan minat perlu seiring untuk berjaya. Farah Rose, membuktikan kata-kata itu menerusi single pertamanya berjudul Cerita Ku.
Anak jati Pulau Langkawi, Kedah itu mula berjinak-jinak dalam bidang seni seawal usia kanak-kanak lagi dengan menyertai pertandingan Bintang Kecil 2010 sebelum diintai oleh komposer berbakat besar Eddie Hamid empat tahun lalu.
"Saya memang suka menyertai pertandingan sejak kecil lagi dan minat saya didorong oleh kedua-dua ibu bapa saya. Saya memang ada simpan niat untuk menjadi penyanyi sehinggalah empa tahun lepas saya membuat persembahan di sebuah acara di Langkawi.
"Kebetulan ketika itu Eddie Hamid ada di lokasi sama dan menawarkan peluang untuk merakamkan lagu. Bagi saya itu peluang terbaik!
"Namun saya terpaksa tangguhkan hasrat kerana perlu lanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di HM Aerospace Langkawi pada 2018. Selepas tamat 200 jam penerbangan pada Disember lalu baru saya betul-betul bersedia untuk fokus dalam bidang nyanyian," ujarnya kepada Gempak.
Berkongsi pengalaman merakamkan single Cerita Ku kata Farah atau nama sebenarnya Nur Farah Najihah Rosmi, 22, ia tidak menyangka ia bukan perkara yang mudah.
"Pertama kali masuk ke studio rakaman untuk single saya sendiri pengalamannya luar biasa! Saya tak sangka ia sukar berbanding apa yang saya lihat sebelum ini.
"Proses itu mengambil masa lebih kurang lima jam, yang lamanya kerana nak dapatkan emosi untuk setiap lirik lagu," tambahnya.
Viral
Farah Rose, Pilot Wanita Bersuara Merdu Lancar Lagu Pertama 'Cerita Ku' - "Saya Memang Minat Menyanyi Sejak Kecil"