Menerusi perkongsian di TikTok, Fatin memuat naik sebuah video dia dan keluarga berbelanja untuk persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri depan.
Video pendek tersebut memaparkan Fatin dan keluarga menempah pakaian di sebuah butik jenama pakaian terkenal.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah jumlah bayaran untuk persiapan tersebut adalah berharga RM101,450.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan kagum melihat pasangan selebriti ini membeli-belah dengan penuh gaya, tanpa mengira wang, demi kebahagiaan dan keselesaan keluarga tercinta.
“Fuyyyooo tak termasuk Aaryan lagi dah RM101450. Moga makin dimewahkan rezeki & sentiasa dlm redha Allah,” komen netizen.
“Baju raya je 100k...murah rezeki betul bestnya,” komen netizen.
“Untung Fatin, dapat suami yg bertanggungjawab dan baik,” puji netizen lain.
“Bagus jaga anak-anak dengan kasih sayang moga rezeki bertambah-tambah,” puji netizen lagi.
Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.