Menurut Fattah, dia tidak menyesali ditakdirkan berkahwin dengan Fazura, namun menganggap semua ini merupakan satu ketetapan jodoh yang ditakdirkan buat mereka berdua.
“Kita tidak tahu jodoh kita, dengan siapa yang kita akan jumpa. Sudah dijodohkan saya dengan dia, saya terima.
Selain itu, apabila disoal sama ada dia akan meneruskan usaha untuk memujuk bekas isterinya itu selepas ini, Fattah bagaimanapun selesa menyerahkan perkara itu kepada takdir.
Baginya, usaha pujuk-memujuk ini harus datang daripada kedua-dua pihak.
“Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.
“Dia kena ada usaha daripada dua belah pihak. Saya juga masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup,”katanya.
Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.