Antara filem-filem yang terlibat adalah seperti Duan Nago Bogho, Imaginur, Mechamato Movie, Hungry Ghost Diner dan Rain Town.
Tambah FINAS, antara intipati aturcara semasa program berkenaan adalah tayangan filem dan sesi diskusi.
“Bagi sesi tayangan dan apresiasi, antara intipati program apresiasi akan dilaksanakan bermula dengan tayangan pada pukul 8.00 malam di Hall 8, GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.
“Sebaik sahaja selesai tayangan akan dimulakan sesi apresiasi dengan moderator dan panel-panel bersama penonton yang hadir,” ujarnya.
Menariknya, program yang dianjurkan itu adalah terbuka kepada orang ramai dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan.
Di samping itu, FINAS juga mengadakan sesi tayangan umum 63 filem yang bertanding sempena FFM33 secara percuma bermula 30 November hingga 6 Disember 2024 di pawagam GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan tayangan pada 1 Disember 2024 di GSC Imago Kota Kinabalu, Sabah dan GSC Spring Mall Kuching Sarawak.
Budaya Popular
FINAS Anjur Sesi Tayangan & Apresiasi Filem Sempena FFM33… 63 Filem Yang Bertanding Turut Ditayangkan Secara Percuma