Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi.
Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri.
Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantaran tular baru-baru ini, di mana sebuah flat dimeriahkan dengan pemasangan lampu warna-warni sempena lebaran yang berjaya mencuri tumpuan warganet.