Nama pengasas produk ESW yang juga pempengaruh media sosial, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), kembali hangat dalam kalangan warganet apabila memuat naik beberapa hantaran 'panas' membabitkan seorang pengasas produk kosmetik wanita.
Pengasas produk yang juga penyanyi yang berasal dari Pulau Pinang itu dakwa Iddin telah 'meminjam' sejumlah wang bernilai kira-kira RM150,000 sebelum ini.
Kata Iddin, wanita terbabit bersama suaminya difahamkan telah meminjam wang terbabit untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.
"Ch*t* dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.
"Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli b. Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.
"Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.
"Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!" kata Iddin.

