Penyanyi era 80-an, Francissa Peter berdepan dengan pelbagai respons apabila berkongsi ciapan mengenai penggunaan frasa yang tepat untuk menyebut bahasa kebangsaan.
Menurut Francissa atau lebih mesra disapa Fran, ketika dia berada di sekolah, dia diajar untuk menyebut Bahasa Malaysia yang membawa maksud Bahasa Rakyat Malaysia.
“Di sekolah, saya diajar untuk menyebut Bahasa Malaysia yang membawa maksud Bahasa Rakyat Malaysia. Saya juga mempunyai seorang guru yang bagu. Kita tidak pernah menggunakan frasa Bahasa Melayu.
“Melayu adalah bangsa - itu apa yang diajar kepada saya. Seperti apa yang saya katakan, saya merupakan rakyat Malaysia, lahir di Malaysia dan bercakap Bahasa Malaysia,” katanya menerusi laman Twitter.
Namun, ramai yang membetulkan kenyataan penyanyi yang popular dengan lagu Sekadar Di Pinggiran itu.
USA guna Bahasa Inggeris (English) bukan “Bahasa American”
Mesir guna Bahasa Arab bukan “Bahasa Mesir/ African”
Canada guna Bahasa Perancis (French) bukan “Bahasa Canada”
Knp malu akui Bahasa Rasmi Malaysia ni Bahasa Melayu sedangkan negara ini dulunya bernama Tanah Melayu? https://t.co/xKraXMQdeu