Skip to main content

Budaya Popular

"Gaya Dia Tak Pernah Seksi" - Netizen Puji Penampilan Sopan, Elegan Fazura

astrogempak_netizen_puji_fazura_cantik.jpg

Tular di aplikasi TikTok, segelintir netizen memuji pelakon Fazura yang dilihat semakin cantik dengan gaya tersendiri. 

Menerusi hantaran oleh pemilik akaun DieyDiey888, individu itu menyatakan bahawa mereka suka melihat penampilan pelakon jelita itu yang sentiasa kekal cantik. 

Jelasnya lagi, fesyen dan rekaan pakaian yang dipakai Fazura sangat sesuai dengan keperibadiannya yang lemah lembut dan sopan, menjadikan gayanya tampak serasi dan elegan.


Pada masa sama, individu tersebut turut mengakui dia kagum dengan aktres itu kerana dia tidak pernah mengenakan pakaian yang menjolok mata walaupun ketika itu dia belum bertudung.

Kongsi individu itu, setiap kali Fazura mengenakan fesyen mengikut citarasanya, aktres tersebut sering menjadi perhatian ramai kerana auranya yang sentiasa elegan, membuatkan individu tersebut suka melihatnya.

“Dari dia tak berhijab pun, gaya dia sentiasa tak pernah tengok dia seksi. Apa pun baju fazura pakai, sentiasa menjadi perhatian ramai termasuklah saya,” kongsinya. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat dari individu tersebut dengan menyatakan Fazura sentiasa kelihatan cantik dan sopan. 


Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Must-Watch Video

Advertisement