Skip to main content

#GempakWrapped2023: Abang Tesla & Alif Teega Kahwin 2, Peti Ais Mahal Syamimia, Nasi Goreng Ikan Masin Dahlia & Persona Palsu Liana Beep Beep

terhangat-logo.jpg

Nasi Goreng Ikan Masin Pemanis Hidup Berumah Tangga Dahlia Rizal, Imran Aqil
Siapa Dahlia Rizal? Kenapa namanya tiba-tiba menjadi sebutan? Dahlia Rizal merupakan seorang pempengaruh popular. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Imran Aqil, yang juga merupakan selebriti media sosial, nama Dahlia semakin ranum disebut orang. Bermula dengan solekan yang viral pada hari pernikahan, Dahlia terus mencuri perhatian apabila memasak nasi goreng ikan masin sebagai hidangan pertama untuk suami.

Ribut ‘Persona Palsu’ Liana Beep Beep
Kontroversi yang melanda Liana Beep Beep, influencer yang popular sebagai tukang ulas makanan di TikTok merupakan antara kontroversi yang paling hangat diperkatakan sepanjang 2023. Bermula dengan pendedahan sebuah syarikat yang mendakwa wataknya di platform itu hanyalah persona yang direka, isu berkenaan terus dipanjangkan sehingga ia menjadi isu mahkamah.


Teganya Alif Teega Menduakan Isteri Pertama Bikin Gelegak Emosi Netizen
Hal ehwal rumah tangga pempengaruh terus meledak di media sosial. Kali ini berhubung dengan pendedahan Alif Teega yang sudah berkahwin dua. Lebih memburukkan keadaan, berita tersebut disusuli dengan dakwaan Alif pernah mengasari isteri pertamanya, pempengaruh Aisyah Hijanah.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

BERITA TRENDING: Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?​


Ammar Nazhan Dicemuh Hanya Kerana Kentang Goreng
Pempengaruh bernama Ammar Nazhan mencuri perhatian beberapa ketika dahulu selepas mimik wajahnya ketika menikmati kentang goreng menjadi cemuhan ramai orang. Namun, Ammar baru-baru ini sedar akan kekurangan yang ada padanya dan telah pun memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melakukan face shaming terhadap dirinya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement