Skip to main content

Viral

#GempakWrapped2023: Remy Ishak, Yonnyboii Sambut Cahaya Mata Pertama, Mawar Rashid Tukar Nama Anak

untitled-design-(21)_1.png

Tahun 2023 sememangnya tahun yang indah buat kita semua, tidak terkecuali selebriti tempatan yang menerima kedatangan ahli baharu dalam keluarga mereka.

Berikut merupakan selebriti-selebriti yang menyambut kedatangan cahaya mata yang kini menjadi penyeri kehidupan mereka suami isteri:

Remy Ishak - Tuah Alam

Pelakon berdarah kacukan, Che Puan Juliana Evans melahirkan anak keduanya Saidatul'Ihsan Puteri pada tanggal 17 Jun pukul 8.26 pagi.

Hasil perkahwinan aktres itu dengan suami Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah selama enam tahun telah dikurniakan dengan kehadiran dua orang puteri. 

PILIHAN PEMBACA: Juliana Evans Bersalin Anak Kedua, Peminat Puji Tak Perlu Eksklusiviti - "Can Feel Your Humbleness"

Datuk Seri Aliff Syukri - Luqman Al-Hakim
 

Usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menyambut kedatangan anak keenam bersama isteri Datin Seri Nur Shahida pada awal bulan April lalu. 

Kehadiran anak keenam pasangan itu mengambil masa 15 jam apabila berlaku komplikasi di mana cahaya mata usahawan tersebut lahir dengan mengeluarkan tangan terlebih dahulu. 

Bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar dan Shahida memilih gerangan Luqman Al-Hakim sebagai nama anak keenam mereka. 

PILIHAN PEMBACA: “Budak Kecil Ni Bawa Rezeki Sungguh” - Shahida & Aliff Syukri Pilih Nama Luqman Al-Hakim Untuk Anak Keenam

Mawar Rashid - Raden Seri Roseanna Camilya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)


Pelakon Mawar Rashid menimang cahaya mata ketiga pada awal tahun yang didedahkan menerusi hantaran di Instagram. 

PILIHAN PEMBACA: “Raden Seri Riyanna Sayang, Cantik Dan Unik”- Ramai Puji Nama Anak Ketiga Mawar Rashid

Memilih nama Raden Seri Riyanna Sayang, Mawar bagaimanapun mengambil keputusan menukar gelaran anak ketiganya dengan panggilan Raden Seri Roseanna Camilya kerana menginginkan semua anak perempuannya mempunyai nama Rose. 

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga

Ayda Jebat - Aali Mateen
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)


Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi berita gembira apabila anak keduanya yang diberi nama Aali Mateen selamat dilahirkan 12 Disember lalu. 

Perkhabaran itu dikongsi oleh Ayda menerusi entri yang dibuat di akaun Instagram miliknya. 

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021. 

BERITA TRENDING: Ayda Jebat Syukur, Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Mommy And Dadaa Back To Zombi World

Must-Watch Video

Advertisement