Skip to main content

Viral

Gemuk, Peha Besar.. Janna Nick Terasa Dengan Komen ‘Body Shaming’ Netizen - “Terfikir Nak Potong Perut”

untitled-design-2022-05-25t124646-759.jpg

Selebriti Janna Nick meluah rasa sedih dan tersinggung apabila dirinya masih menerima ejekan bentuk badan ataupun ‘body shaming’ daripada wargamaya. 

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, dia pernah terfikir untuk melakukan pembedahan bariatrik atau memotong usus bagi mendapatkan bentuk badan kurus. 

Janna berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa. 

“Hari ni aku rasa sedih. Selama ni aku tak peduli pun bila orang cakap aku gemuk, peha aku besar. Tapi this time around, aku betul-betul terasa. 

“Sampai fikir nak potong perutlah. Bodoh kan? Tapi takpe lah, aku akan buktikan aku boleh kurus. Biarlah orang nak sakitkan hati aku. Yang penting aku tak sakitkan hati orang lain. 

“Aku harap korang yang tengok video aku, tolong stop body shaming orang lain. Its not cool. Janji okay, jangan buat dekat orang lain,” kata Janna menerusi hantaran video tersebut. 

Menerusi perkongsian berdurasi satu minit itu, Janna mula melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan sebagai bukti menyahut cabaran yang dia mampu untuk berbadan langsing. 

Tambah anak kelahiran Kedah itu lagi, walaupun ramai yang cuba melukakan hatinya dengan ejekan bentuk badan, dia mengambil pendekatan untuk tidak mahu  menyakitkan hati sesiapa. 
 

Must-Watch Video

Advertisement