Aktres popular 1990-an, Norazah Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan semula akses akaun Instagram miliknya yang digodam minggu lalu.
Menurut Norazah, banyak gambar kenangan yang pernah dimuat naik sebelum ini juga didapati sudah hilang sebaik berjaya mendapatkan semula akaun miliknya itu.
"Berita baik, saya sudah dapat semula Instagram. Digodam, penggodam dari Turki. Geram aku...dia padam semua orang yang saya follow. Sekarang kena add semula.
"Sebahagian gambar dari Oktober 2019 hingga Mei 2020 juga sudah tiada lagi. Tak apalah, sekurang-kurangnya saya dapat semula Instagram saya," katanya menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Berita Tempatan
"Geram Aku..Dia Padam Semua Orang Yang Saya Follow" - Seminggu Senyap, Rupanya Akaun IG Norazah Aziz Digodam