Skip to main content

Rancangan Realiti

#GimmeTheMicMY: Pertama Kali Nyanyi Lagu Dangdut Sampai Juri Menari Sakan, Farhan Mustapha; "Ada Tekanan, Tapi..."

astro_gempak_gimmethemicmy-farhan-mustapha.png

Membawakan lagu genre dangdut, Farhan mengakui tertekan pada awalnya namun berjaya mengawal perasaan tersebut.

“Sejujurnya di backstage saya banyak fikir ‘okay ke?’ ‘dapat 5 slay ke?’ tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Dalam pada itu, Farhan turut nekad mahu memberikan yang terbaik setiap minggu sekaligus menghiburkan penonton.

“Mindset saya mahu beri yang terbaik setiap minggu, apa-apa saja tugasan saya cuba buat terbaik,” ujarnya.

Farhan turut mendedahkan dia tidak mengikuti kelas vokal peribadi sebaliknya hanya berlatih dengan guru vokal yang ditugaskan sahaja.

“Saya tiada kelas vokal seperti yang lain, ketika minggu pertama saya dan Oky Daniel memang tiada pergi kelas vokal, hanya berlatih sendiri saja.

“Untuk Gimme The Mic saya banyak belajar dengan cikgu Deli dari segi nyanyian dan vokal.

“Untuk minggu ketiga ini, cabaran paling besar adalah lagu dangdut ini lah. Alhamdulillah, saya dah buat yang terbaik,” katanya lagi.

Dengan tema FYP, minggu ketiga Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Farhan Mustapha dengan nyanyian Yang Penting Hepi berjaya mengungguli kesemua 14 peserta dengan markah 66.77%.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Raih Posisi Pertama, Tiada Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Ketiga Semua Peserta

 TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. 
  
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Must-Watch Video

Advertisement