Skip to main content

Rancangan Realiti

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

astro_gempak_gimme-the-mic-my-ramalan-siapa-bakal-juaral.png

Jika disoal siapa yang bakal diangkat sebagai juara, agak sukar untuk meramal kerana semuanya ‘all out’, 10 finalis yang bakal membuat persembahan malam ini sememangnya layak untuk berada di pentas terbaik itu sekaligus mempunyai kualiti tersendiri.

Oleh itu, Gempak senaraikan ramalan-ramalan finalis yang bakal merangkul gelaran juara yang menjadi rebutan setiap peserta itu.

Kekuatan lagu yang dipersembahkan juga mempengaruhi dan sudah tentu setiap lagu yang dinyanyikan setiap finalis pada malam ini memiliki kelebihan masing-masing.

Siapa agaknya ramalan anda?

Konsert akhir Gimme The Mic Malaysia bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam dan di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. 

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.   

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Must-Watch Video

Advertisement