Bagi Yuna pula, dia akui agak tertekan dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi ini kali pertama dia menyandang kerusi juri.
Dalam pada itu, Hael Husaini turut menyatakan dia selesa menilai peserta daripada aspek persembahan.
“Sebagai contoh ada peserta yang menyanyikan lagu ciptaan saya, jadi saya hakimi mereka atas persembahan bukan atas lagu nyanyian.
Diterbangkan dari negara jiran, Bunga Citra Lestari akui agak buntu dalam membuat penilaian kerana menyifatkan hampir kesemua sangat berbakat.
“Stres! Secara positif banyak bakat-bakat yang memukau. Saya tak sangka kesemua 30 peserta 80 hingga 90 peratus adalah sangat berbakat.
“Tapi minggu pertama adalah duet jadi karakter masing-masing belum terserlah sepenuhnya. Saya sangat nantikan di minggu kedua,” ujar Bunga.
Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel Amzah dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan
industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat
Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya
RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.