Skip to main content

Viral

#GongTerkejut - Ramai Terpegun Lihat Karakter Star Wars, Money Heist Tiba-Tiba Muncul Di Tengah KL!

gongterkejutastro_1.jpg

Pengunjung di tengah bandaraya Kuala Lumpur terkejut selepas terdengar bunyi gong dibeduk dengan kuat ketika pengunjung sedang berada di Wow Plaza, Lalaport Bukit Bintang City Centre, di sini, semalam.

Lebih mengejutkan, keadaan menjadi ‘havoc’ selepas watak-watak yang biasa dilihat di kaca televisyen TV datang ke tapak acara semalam.

Penonton menjadi terpegun dan teruja sekaligus timbul rasa ingin tahu apabila melihat watak Premier League, Muzikal Lawak Superstar, Money Heist: Korea, watak Star Wars dan banyak lagi datang ke lokasi acara semalam dengan aksi dan tarian flashmob yang rancak dan menghiburkan. Orang ramai juga teruja melihat aksi daripada The Gray Man.

Pengunjung di situ semakin teruja dan mula kerumun kumpulan flashmob ketika mereka beraksi. Tak ketinggalan juga mereka sempat merakamkan gambar serta video dengan telefon bimbit masing-masing ketika melihat acara flashmob itu.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement