Skip to main content

Viral

Guna Model 'White People' Promosi Baju Raya, Rico Rinaldi; "At Least Saya Cuba Jaga Aurat Model Melayu"

rico-model-header.png

Pereka fesyen Rico Rinaldi berdepan kecaman netizen selepas tampil menjawab luahan hati seorang pengguna di Twitter yang enggan menyokong karyawan tempatan menggunakan model luar negara.

Tulis individu berkenaan; "I don't buy baju kurung/kebaya modelled by white people."



Rico kemudiannya memberikan justifikasi untuk tidak menggunakan model Melayu demi menjaga aurat mereka.

"Tak apa tak payah beli. Alhamdulillah kalau tak nak beli. At least saya cuba jaga aurat model Melayu," balasnya.

Hal itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan pendirian Rico itu sedikit sebanyak telah mengecilkan peluang model tempatan.

"Punyalah ramai non Malay yang berkulit sawo matang. At least gunalah model lokal, nak kata perempuan Malaysia ni tak lawa, ramai juga yang lawa," tulis pengguna di Twitter.

"Kalau nak jaga aurat, baik pakai patung bang. Confirm halal," tambah pengguna lain.

"Kita ada Cina dan India. Kenapa orang asing?" soal pengguna lain pula.

"Janganlah cakap macam tu bang. Cuba pakai model Melayu Islam, at least kami tahu tudung apa nak match dengan baju," komen seorang pengguna.

Namun, balas Rico ada sebab untuk tidak menggunakan model bertudung bagi membolehkan pelanggan melihat secara terperinci bentuk kolar pada pakaian yang dijualnya.

"Nanti pakaikan tudung orang tanya nak tengok bentuk leher. Kolar bulat, nehru, tinggi, luas? Ada suka stail tudung labuh, ada singkat. Dan tak semua orang bertudung," tambahnya.


 

Must-Watch Video

Advertisement