Skip to main content

Trend Pasaran

Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri

untitled-design-(82)_2.jpg

Seorang ibu tergamak meracuni anak tirinya  yang berusia 11 tahun dengan kopi sachet yang dicampur dengan racun tikus.

Dalam kejadian yang berlaku di Rokan Hilir, Riau, Indonesia, kanak-kanak yang dikenali sebagai Baihaki mengelami kekejangan selepas meminum kopi susu yang diberikan oleh ibu tirinya, Riwanti, 35.

Menurut Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto berkata kejadian itu terjadi semasa ayah mangsa tidak berada di rumah di mana kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian bersama ibu tirinya.

“Pada mulanya, bapa saudara mangsa, Masmin dihubungi isterinya pada 5 Mei lalu kira-kira jam 12.00 bahawa mangsa diserang sawan.

"Ketika dihubungi, Masmin sedang bekerja di luar,” ujarnya.
 

 

Ibu Tiri Ditahan

Suspek bagaimanapun telah berjaya ditahan selepas pihak hospital mengesahkan bahawa kopi yang diberi mempunyai kandungan racun tikus.

Dalam pada itu, suspek turut mengaku melakukan perbuatan kejam itu terhadap anak tirinya. Namun, motif jenayah tersebut dilakukan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“Pelaku mengaku telah memberikan sebotol Kopi Golda yang telah dicampur dengan dua bungkus racun tikus Timex. Motif masih disiasat,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…

BERITA TRENDING: Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?

Sumber: Merdeka.com

Must-Watch Video

Advertisement