Kata Tomok, meskipun sukar, lagu K-pop itu didendangkan kerana mahu mengimbau semula kenangan mereka sewaktu berada di pentas akhir program realiti, All Stars Gegar Vaganza 2023.
Secara keseluruhan, konsert berdurasi dua jam setengah itu menyaksikan Tomok dan Siti Nordiana menyampaikan sebanyak lebih 20 buah lagu.
Antara koleksi lagu yang dipilih termasuklah Tatasuria, Cinta Hanya Sandaran, Hiasan Di Laman Rindu, Hatiku Milikmu, Hanya Tinggal Sejarah, Seribu Setia, Meraung, Terus Mencintaimu serta lagu duet, Memori Mungkin Berulang.
Selain lagu hits, mereka juga sempat mendendangkan lagu duet yang pernah dipopularkan Siti Nordiana bersama Allahyarham Achik Spin iaitu Gurauan Berkasih dan Memori Berkasih.
Bukan itu sahaja, Tomok juga menghadiahkan patung beruang kepada kira-kira 1,500 penonton bertuah sambil mengakhiri persembahan dengan lagu Paling Comel.
Konsert anjuran Tomok di bawah syarikatnya, Popsicle Records ini menyaksikan pasangan ini kali pertama bergabung untuk mengimbau memori lama mereka yang mulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.