Skip to main content

Bollywood

Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt

astro_gempak_alia_bhatt_met_gala.jpg

Selain Zendaya, Kim Kardashian, Cardi B dan Jennifer Lopez yang disifatkan antara selebriti dengan penampilan menyerlah, kehadiran bintang Bollywood, Alia Bhatt turut tidak mengecewakan.

Bhatt hadir menggenakan busana tradisional India iaitu Sari yang sangat mempersona baik dari segi pemilihan warna hijau lembut juga rekaannya.

Merupakan penampilan keduanya ke acara yang penuh dengan pelbagai rekaan kreatif para karyawan fesyen, Bhatt memberi kepercayaan kepada pereka Sabyasachi untuk mereka sari tersebut.

Tersarung cantik di tubuhnya, sari tersebut diilhamkan daripada kisah pendek yang ditulis JG Ballard pada tahun 1962 dengan tema kecantikan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bhatt memberitahu sari yang diperagakan dihasilkan dengan tangan dan kepakaran daripada 163 karyawan.

Dipenuhi dengan sulaman tangan dan sutera, manik berkaca dan batu permata, sari tersebut mengambil masa selama 1,965 jam untuk disiapkan.


“Sabyasachi tahu melakukan magis terhadap rekaan moden tapi sofistikated sehingga mampu menawan dunia. Ini (sari) adalah transisi dari seni tradisional kepada avant-garde aesthetic,” katanya seperti dilaporkan Vogue.

Must-Watch Video

Advertisement