Skip to main content

Budaya Popular

Hael Husaini Bersyukur 'Diam' Berjaya Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa - "Ini Adalah Pengiktirafan Besar Buat Saya”

astrogempak_hael_husaini_anugerah_acca24-4.jpg

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini memanjatkan rasa syukur diatas kemenangan lagu ciptaannya bersama komposer Iqie Hugh yang berjaya memenangi anugerah Best Theme Song (or Title Theme) di Asian Academy Creative Awards 2024 (AACA 24) baru-baru ini. 

Menurut Hael, dia tidak menyangka kerja kerasnya bersama Iqie diiktiraf di peringkat antarabangsa. 


Pada masa sama, pelantun lagu Jampi itu juga mendedikasikan kemenangan itu buat semua peminat yang banyak menyokong kariernya selama ini. 

“Kemenangan ini bukan sahaja untuk kami, bahkan saya dedikasikan untuk seluruh pasukan, pihak pengurusan Rocketfuel, dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan. 

"Ini adalah pengiktirafan besar buat saya”, ujar Hael menerusi satu kenyataan media.

Hael atau nama lengkapnya Hal Husaini Razmi berjaya membawa pulang trofi berharga ini menerusi lagu Diam, runut bunyi asal (OST) untuk drama bersiri popular Astro, My Famous Ex-Boyfriend. 

Sekadar info, malam anugerah Asian Academy Creative Awards 2024 telah berlangsung di Kota Singa, Singapura pada 3 dan 4 Disember lalu. 

Asian Academy Creative Awards merupakan platform berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan kreatif di rantau Asia Pasifik.
 

Must-Watch Video

Advertisement