Skip to main content

Budaya Popular

Hampir Setahun Berhijab, Neera Azizi Syukur Tunang Banyak Bagi Sokongan – “Dia Mahu Tengok Saya Bertudung Tapi Dia Tak Paksa”

astro_gempak_neera-azizi-syukur-tunang-banyak-beri-sokongan-ketika-berhijab.png

Neera atau nama sebenar, Nurazneera Azizi, 27, memaklumkan ada kalanya berasa rimas dengan penampilan tersebut namun syukur tunangnya selalu memberi sokongan.

“Pada malam ketiga, saya fikir perlu pakai tudung, perasaan itu datang sendiri.

Bakal berkahwin pada Julai depan dengan seorang mutawif, Neera mendedahkan perkenalan dengan jejaka itu juga menjadi antara faktor yang mendorongnya untuk berhijab.

“Pada awal perkenalan, saya masih belum bertudung. Selepas bertunang dia cakap kalau boleh mahu tengok saya bertudung, tapi dia tidak memaksa.

“Dia tak mahu saya bertudung sebab dia dan akan buka sekiranya ada sesuatu terjadi. Jadi, saya ambil langkah perlahan-lahan untuk bertudung,” kongsinya lagi.

Neera bakal muncul sebagai pelakon utama dalam filem Hukum Kifarah yang akan memulakan penggambaran bulan depan.

Antara pelakon yang turut menjayakan filem tersebut adalah Farid Kamil, Datuk Jalaluddin Hassan, Syaiful Zero, Imuda dan beberapa pempengaruh media sosial.

Filem yang diarahkan Roy dengan skrip ditulis Epy Kodiang itu dijangka ditayangkan pada suku pertama 2026.

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi Kini Bertudung, Dapat Hidayah Dalam Mimpi - “Tiga Malam Berturut Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Seronok Hadiri Majlis Ilmu, Tak Pernah Jemu Belajar Perbaiki Diri - “Bukan Acah-Acah Baik & Terpaling Bagus Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

Must-Watch Video

Advertisement