Pelakon Puteri Sarah Liyana bangga apabila dapat memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A-Class dengan hasil titik peluhnya sendiri.
Menerusi satu hantaran di Instagram (IG) Story milik Puteri Sarah semalam dia memaklumkan berita gembira itu.
Dalam entri berikutnya menunjukkan kereta-kereta mewah seperti Lamborghini, Porche dan banyak lagi yang berada di premis berkenaan.
Isteri kepada Syamsul Yusof itu turut memuat naik semula satu kemas kini di IG Story dari satu akaun IG lain yang dipercayai seorang kenalannya.
Rakannya mengucapkan tahniah kerana berjaya memiliki kereta itu selepas bekerja siang dan malam
“Siang malam bekerja, finally you get it, atas penat lelah dan titik peluh sendiri tahniah,” tulisnya.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah