Skip to main content

Viral

“Hidup Sihat, Gula Normal, Bangun Tidur Segar..” - Cantik, Penampilan Melly Goeslaw Selepas Dua Bulan Potong Usus

melly-goeslaw-kurus.jpg

Penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslaw mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto terbaharunya selepas menjalani pembedahan bariatrik pada dua bulan lalu. 

Menerusi laman sosial Instagram, Melly atau nama sebenarnya Melliana Cessy Goeslaw, 48, memaklumkan dia kini menjalani kehidupan yang sihat dan berbeza dengan apa yang diamalkan selama ini. 

“Alhamdulillah hari ini tepat dua bulan pasca bariatric. Ertinya sudah dua bulan saya menjalani hidup sihat, kebiasaannya sangat berbeza dengan hidup saya yang sebelumnya,” ujarnya menerusi satu hantaran. 

Dalam pada itu, pelantun lagu Gantung itu turut memaklumkan berat badannya kini sudah menurun kepada 70kg berbanding 86kg sebelum ini. 

“Gula darah saya normal terus hingga sekarang. Dari berat badan hampir 86kg sekarang hampir 70kg. Dan akan terus turun pastinya dengan pola hidup sihat ini. 

Tidur jadi cepat dan tidak ngorok lagi, bangun tidur segar, alhamdulillah,” jelasnya lagi. 
 

Must-Watch Video

Advertisement