Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aufahanie atau Aufahanie Mokhtar, 21, mendoakan abangnya itu ditempatkan di Syurga kelak.
“I love you Am (Afham).
Dalam pada itu, Aufahanie tidak mempu menahan sebak lagi apabila menangis dengan berita pemergian abang tercinta.
Tambah Aufahanie, dia dan Afham sangat rapat dan seorang yang sentiasa ada ketika berdepan apa jua masalah.
Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada malam semalam.
Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam tadi adalah Nidza Afham.