Ramadan hampir tiba tahun ini, pastinya ramai yang tercari-cari iftar berkonsepkan bufet yang enak! Hotel Tenera Bangi ada jawapannya.
Selain menyediakan lebih 200 menu untuk pilihan pelanggan dengan harga yang sangat berpatutan, salah satu penyeri pada tahun ini juga dengan adanya penyanyi terkenal, Datin Alyah!
Kata Alyah, selaku penggemar juadah di hotel terbabit, dirinya berbesar hati menerima pelawaan sebagai wajah bufet 'Sentuhan Ramadan' tahun ini.
"Sepanjang menjadi artis, ini kali pertama seumur hidup saya dipilih sebagai duta bersempena dengan kempen buffet Ramadan. Tak pernah saya terfikirkan.
"Apabila tawaran ini hadir, saya sambut dan terima dengan rasa syukur dengan hati terbuka. Insya-Allah, saya akan turut serta pada hari tertentu sekaligus mengambil kesempatan untuk menghiburkan pengunjung
"Saya sendiri tak sangka kerana sebelum ini, pada tahun lalu, saya menjadi pelanggan di sana kerana menggemari apa yang mereka hidangkan. Lauk pauk yang sedap memang memukau selera saya.
"Selain itu, saya sukakan konsep yang dipersembahkan. Selain kelazatan juadah, mereka juga menyediakan kemudahan surau dan dewan untuk solat Maghrib, Isyak dan terawih. Bayangkan, ibu saya pun suka untuk berbuka di sana kerana makanan sedap dan kemudahan terbabit.
"Maklumlah, golongan mak-mak ni, jika diajak berbuka di luar, mereka kurang bersetuju kerana mereka mahu segera menunaikan solat fardu dan terawih. Di sana semuanya serba lengkap, jadi taka da masalah untuk saya membawa ibu dan keluarga," ujarnya.
Viral
"Ibu Saya Pun Suka" - Alyah Penyeri 'Sentuhan Ramadan' Hotel Tenera Bangi! Sedia Lebih 200 Menu, Lengkap Kemudahan Terawih