Kecoh di media sosial apabila seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan mengalami perubahan alat kelamin menjadi lelaki di Cibungbulang, Kabupaten Bogor, Indonesia.
Menurut laporan Kompas.com, ibu kepada remaja tersebut mula berasa curiga apabila anak perempuannya masih belum datang haid.
Tambahnya lagi, dia terfikir kemungkinan anak perempuannya itu belum datang haid, sama seperti keadaan kakak sulungnya dahulu.
Namun, perkara itu menjadi lebih membimbangkan apabila si ibu memeriksa keadaan fizikal anaknya itu ketika mandi.
Pada ketika itu, wanita tersebut terkejut kerana anak perempuannya mempunyai alat kelamin lelaki. Oleh sebab itu, akhirnya dia membawa anaknya ke klinik kesihatan pada 23 Oktober lalu untuk menjalani pemeriksaan.
Di klinik tersebut, doktor mengesahkan bahawa anak perempuannya adalah seorang lelaki walaupun si ibu tegas menyatakan anaknya itu sememangnya seorang perempuan.
“Kata doktor, sebenarnya dia memang seorang lelaki. Saya terkejut kerana semasa lahir dia dinyatakan perempuan,” jelas si ibu.
Selepas selesai menjalani beberapa pemeriksaan, anaknya itu bakal menjalani pembedahan untuk menjalani ujian hormon dan kromoson.
Sumber: Sinar Harian, Kompas.com