Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.
Zarina turut memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan ibunya itu adalah pada jam 2 pagi tadi selepas selesai penggambaran.
“Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh dan beriman.
“Arwah akan dimandi, disolat dan dikebumikan di Ipoh,Perak.
Jenazah ibunya itu akan dikebumikan di Ipoh, Perak hari ini.