Skip to main content

Berita Tempatan

Ikon Anak Bandaraya Ipoh Hanya Untuk S. Pavithra Sahaja, Bukan Sugu Pavithra

befunky-collagepavithra.jpg

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan bahawa pengiktirafan ikon Anak Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada S. Pavithra tidak mempunyai kaitan dengan suaminya, M. Sugu.
 
Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd. Syahrizal Azmi berkata, status ikon itu hanya boleh diberikan kepada anak kelahiran Ipoh, Perak sahaja.
 
"Pengiktirafan tersebut hanya diberikan kepada Pavithra seorang sahaja kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh.
 
"Ia sebagai satu bentuk penghargaan yang diberikan MBI atas jasa dan pencapaiannya selama ini.
 
"Manakala suaminya, Sugu bukan asal Ipoh, sebaliknya, berasal dari Sungai Siput, Kuala Kangsar," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
 
Jelasnya lagi, pengiktirafan status ikon itu melibatkan penerima individu sahaja dan bukan diberikan kepada Sugu Pavithra yang merupakan jenama saluran YouTube kendalian pasangan suami isteri berkenaan.

Must-Watch Video

Advertisement