Konten-konten menarik serta lucu sering kali menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
Dengan kreativiti serta penggunaan bahan-bahan lucu yang dikongsi ke media sosial mengikut peredaran masa, bukan sahaja individu, tetapi syarikat-syarikat ternama mampu menaikkan ‘brand’ serta memberi kesedaran terhadap orang ramai.
Tidak mahu terlepas ‘trend’ terkini, sistem pengangkutan RapidKL mendekati para warganet dengan ‘menghidangkan’ konten lucu dalam entri media sosial mereka.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Instagram rasmi RapidKL, syarikat pengangkutan awam itu menggunakan ‘meme’ ataupun bahan lawak yang sedang hangat digunakan bagi mendapat reaksi positif ramai pihak.
Trend Pasaran
Ikut Trend Meme Terkini, Netizen Puji Admin RapidKL