Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Imran memuat naik foto dia memangku bayi seberat 2.85 kg itu dengan kapsyen mencuit hati.
Sementara itu, Dahlia yang turut berkongsi foto bayinya itu mendoakan agar bayi mereka sihat.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mengucapkan tahniah kepada Imran dan Dahlia.
Terdahulu, Imran memaklumkan isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa secara pembedahan.
Lebih bermakna cahaya mata sulung mereka lahir pada bulan sama dengan ibunya.
Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.