Malah, individu tersebut turut mendakwa Asyalliee pernah membuang pekerjanya dan seorang kaki buli di sekolah dahulu.
“Serious la U*TM Machang? Jemput Asyalliee? Inspirasi biznes?
Menjelaskan perkara tersebut, Asyalliee tampil membuat permohonan maaf selain hanya berniat untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
“Saya setiap hari cuba jadi diri saya yang lebih baik dari sebelum ini. Saya hanya sharing perkara yang baik, supaya yang datang pun baik-baik juga.
“Saya minta maaf jika ada segelintir yang tidak senang dengan kehadiran saya di UITM Machang. Saya cuma nak berikan manfaat yang baik untuk masyarakat dan generasi yang akan datang,” jelasnya.
Terdahulu, Asyalliee berkongsi momen dia dijemput oleh sebuah universiti tempatan untuk membuat perkongsian mengenai perjalanannya sebagai seorang usahawan.