Skip to main content

Trend Pasaran

Individu Kongsi Keadaan Rumah Rakan Terbakar Gara-Gara Powerbank Meletup! - “Sentiasalah Periksa ...”

astro-gempak_ rumah_terbakar_powerbank_meletup.jpg

Sepotong video kejadian sebuah rumah yang terbakar akibat powerbank meletup tular di aplikasi X.

Menerusi video berdurasi satu minit 59 saat itu, seorang pengguna berkongsi keadaan dipercayai rumah kenalannya yang disambar api berpunca daripada powerbank yang sudah tamat tempoh, tiba-tiba meletup.


“Kalau dah habis tamat tempoh lebih baik buang sahaja. Semoga dipermudahkan urusan Amad dan sekeluarga," ciapnya di aplikasi X.

Dalam masa yang sama, individu itu turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan powerbank dan peka terhadap tarikh luput produk tersebut.


Meninjau ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati terhadap rakan individu tersebut dan bertanya bagaimana cara untuk mengetahui jika powerbank sudah tamat tempoh.

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Ada gambar powerbank tak? Risau kalau simpan”

“Allahu. Semoga dia tabah. Macam mana nak tahu bila powerbank dah expired eh? Dan macam mana nak dispose secara selamat? Kang kita buang letup kat orang lain pula”


“Semoga setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lepas ni,kita semua lebih berhati-hati ya sebagai peringatan. Kepada yang terlibat, semoga sentiasa di murahkan rezeki tanpa di sangka-sangka. InsyaAllah," komen dari netizen.

Setakat artikel ini ditulis, tweet ini telah meraih 503,600 ribu tontonan dan 3,600 butang suka.

Must-Watch Video

Advertisement